Pelanggan kami terdiri daripada perniagaan yang mewakili yang terbaik dan paling cemerlang dalam industri mereka. Sama ada yang amat diperlukan dalam percetakan, perkhidmatan, pembangunan perisian, runcit, restoran, percutian, butik atau yang dikenali dalam industri umum. System UrusNiaga menyediakan penyelesaian terbaik dengan bertindak sebagai rakan niaga sebenar kepada pelanggan kami.
Alhamdulillah... Sepanjang menggunakan System UrusNiaga ini, sangat-sangat membantu pengurusan syarikat berkaitan Supplier, Produk, Sales, dan Purchasing. Yang paling utama adalah, kami boleh log-in sistem ini secara online di mana-mana sahaja melalui tablet mahupun komputer asalkan ada sambungan internet. Kami boleh menyemak sales harian secara online sahaja dan sangat memudahkan. Tahniah kepada Admin System Urusniaga yang sangat membantu dan semoga terus maju jaya. Terima kasih.
Saya menggunakan aplikasi ZOHO sebelum ini. Saya lebih suka URUSNIAGA berbanding ZOHO kerana ia lebih bersesuaian dengan persekitaran perniagaan di Malaysia. Tahniah dan saya cadangkan sistem ini untuk digunakan oleh usahawan di luar sana.
Urusniaga.my memudahkan pengurusan bisnes saya. Sebelum ini kami perlu menulis bil secara manual, kini hanya taip dan klik sahaja. Tiada lagi bil yang bertimbun, semuanya tersimpan rapi didalam satu sistem.
Alhamdulillah, sudah 3 tahun saya menggunakan System UrusNiaga untuk kegunaan di pejabat dan saya sangat berpuas hati dengan sistem ini. Semua rekod pendapatan & perbelanjaan lebih teratur. Database pelanggan juga dapat disimpan sebaiknya. Sistem ini memudahkan saya untuk menyemak rekod-rekod lama. Rekod keluar masuk stok produk juga dapat dilihat dengan mudah. Alhamdulillah.
Sungguhpun urusniaga.my sarat dengan pelbagai fungsi, apa yang saya suka adalah, servis khidmat pelanggan dalam masa yang pantas.