Pelanggan kami terdiri daripada perniagaan yang mewakili yang terbaik dan paling cemerlang dalam industri mereka. Sama ada yang amat diperlukan dalam percetakan, perkhidmatan, pembangunan perisian, runcit, restoran, percutian, butik atau yang dikenali dalam industri umum. System UrusNiaga menyediakan penyelesaian terbaik dengan bertindak sebagai rakan niaga sebenar kepada pelanggan kami.
Urusniaga.my memudahkan pengurusan bisnes saya. Sebelum ini kami perlu menulis bil secara manual, kini hanya taip dan klik sahaja. Tiada lagi bil yang bertimbun, semuanya tersimpan rapi didalam satu sistem.
Sebagai seorang usahawan, setiap rekod pembelian dan penjualan adalah penting bagi saya untuk memastikan operasi perniagaan berjalan lancar. System UrusNiaga telah membantu memudahkan kerja-kerja saya. Semua urusniaga boleh dilakukan secara atas talian dengan menggunakan telefon pintar. Yang paling menarik, sistem ini boleh memberikan saya statistik jualan dengan cepat, pantas dan teliti. Ini adalah yang terbaik setakat ini.
Sungguhpun urusniaga.my sarat dengan pelbagai fungsi, apa yang saya suka adalah, servis khidmat pelanggan dalam masa yang pantas.
Alhamdulillah, sudah 3 tahun saya menggunakan System UrusNiaga untuk kegunaan di pejabat dan saya sangat berpuas hati dengan sistem ini. Semua rekod pendapatan & perbelanjaan lebih teratur. Database pelanggan juga dapat disimpan sebaiknya. Sistem ini memudahkan saya untuk menyemak rekod-rekod lama. Rekod keluar masuk stok produk juga dapat dilihat dengan mudah. Alhamdulillah.
Saya menggunakan aplikasi ZOHO sebelum ini. Saya lebih suka URUSNIAGA berbanding ZOHO kerana ia lebih bersesuaian dengan persekitaran perniagaan di Malaysia. Tahniah dan saya cadangkan sistem ini untuk digunakan oleh usahawan di luar sana.
Bekerja di mana sahaja dan tiada masa menunggu yang boleh saya katakan tentang URUSNIAGA. Mudah dan tiada kesilapan teknikal yang perlu diberi perhatian.
Alhamdulillah... Sepanjang menggunakan System UrusNiaga ini, sangat-sangat membantu pengurusan syarikat berkaitan Supplier, Produk, Sales, dan Purchasing. Yang paling utama adalah, kami boleh log-in sistem ini secara online di mana-mana sahaja melalui tablet mahupun komputer asalkan ada sambungan internet. Kami boleh menyemak sales harian secara online sahaja dan sangat memudahkan. Tahniah kepada Admin System Urusniaga yang sangat membantu dan semoga terus maju jaya. Terima kasih.
System UrusNiaga adalah Perisian Pengurusan Perniagaan terbaik yang terdapat di Malaysia. Ia mempunyai antara muka yang bagus dan mesra pengguna. Selain itu, tidak seperti perisian atas talian yang lain, ia mempunyai interaksi perisian yang pantas dan responsif, yang paling cepat yang pernah saya gunakan.